Saturday, December 3, 2011

macam-macam....

assalamualaikum.......

adooiiiiii.... dh lama x update blog ni, IsnyaAllah malam ni nk update cikit. dari dulu sampai sekarang masih yg sama x de perubahan pon..ptotlah org x nak follow blog aku... mungkin x menarik...hehehehe....

x kisahlah menarik kew tak, janji aku dpt luahkan apa yg aku rasa ni kat blog yg berapa nk comel ni...ngeh3x.... sejak bergelar sebagai pelajar unibersiti ni, mcm2 ragam aku tgk mereka di dalam kelas...ishhh3x... ada yg tido, ada main laptop dan macam2lah.... aku sebenarnya malas nk gthu aku ni pelajar unibersiti mana.... kamu cari sendirilah yer. tu pon kalau berminat nk taw...hehehe..





hah!!!! ni lah gambor aku yg x brape nk encem... tpi kawan2 aku ckp, aku ni cute, cute kew???? perasan jer lebih....hahahah




ni org org paling encem dlm kelas, namanya en. hamdi. dia juga dilantik sebagai ketua kelas.... sebenarnya dia x nak jdi ketua klas ni.. tu sebab aku dan yg lain kenakan dia semestar ni...hehehe..jgn marah yer en. hamdi...ngeh3x..




amboii, lena tido kawan!!! yg ni namanya kiok.. org serawak, dia ni lah yg paling nakal dan paling pandai dlm klas.tpi x thu plak kenapa hari ni dia leh tertido..




amboii bang!! sempat lgi posing, lect tgh ngajar kat dpan tu... pastu mulalah tanya aku kalau x paham...yg ambik gmbar tu aku... ngeh3x... yg baju MANU UTD tu nama adib, aku panggil pak kaduk... yg pakai suiter namanya faisal a.k.a paiso...hehehehe.....

ape benda aku mengarut ni... sorylah kawan2 yer.... sebenarnya byk lgi nk post ni. tpi dah thu kan, aku ni malas cikit nk taip2.. kalau boleh nk copy paste...hehehe... x baik taw, plagiat....

Tuesday, November 29, 2011

WARKAH UNTK AKAK (KAK LONG)


Along, walaupon dirimu lebih berumur drp diriku tetapi aku lebih suka memanggilmu dgn nma mekja, jgn marah yer..aku rasa panggilan along terlalu jauh sgt gap... aku rasa panggilan mekja membuatkan kita adik bradik lebih rapat lgi…lgipon, kamu x pernah nk panggil diriku adik..aku rasa kamu pon fikir mcm aku fikirkan..hehehe….. sekarang ni kamu dh keje sebagai nurse jarang2 leh kg..aku faham..

Kamu nk tahu tak a pa yg paling best bila berada di kg ialah dgn adanya dirimu bersamaku.. nk taw tak?? Salah satu sebabnya aku boleh membuli kamu…hehehe… kalau kamu ada senanglah, aku nk suruh kamu masak itu ini untuk aku dan adik beradik lain yg makan…hehehe…. Nk taw tak apa masakan kamu yg paling best??? Bukan nk puji kamu pandai masak pom, mak lgi pandai masak…hehehe…gurau jer…nak taw tak a pa dia??? Begedil daging.. itulah kali pertama aku mkn begedil yg paling best…hehehe… kalau kamu buat 10biji, 5biji tu aku yg mkn..best kot.. nanti balik kg, masak lgi yer… hehehe…

Sbelom tu aku nk ucapkan terima kerna bgi aku duit dan bgi aku top4 spanjang aku study ni… aku pernah berjanji utk byr semua balik duit tu.. aku tahu walaupon kamu ikhlas utk menolong diriku tetapi aku berasa tdk sedap hati dan suatu hari nanti aku akan byr duit kamu…kamu jgn menolak yerr…..

Nak taw sesuatu??? Orang paling suka sekali bila kamu balik ialah mak, adik bongsu dan abah termasuk diriku dan adik2 yg lain.. aku tahu tanggungjawabmu begitu besar sebagai ank sulong. Kamu selalu menolong mak berada di dapur kadang2 kamu mendahului mak bila mengemas umah.. aku tahu perasaanmu sama spertiku begitu tersentuh apabila melihat mak membuat keje sorang2 walhal kita pon boleh keje tu.. masih ingt lgi bila kita balik kg, kita sama2 tolong mak…pada saat itulah hubungan kita anak beradik menjadi semakin erat…

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita jarang bertemu.. biasalah masing2 sibuk..kamu dgn keje, aku dgn study.. kamu mesti x percayakan kalau aku gthu yg aku thu apa kesukaanmu…hehehe… nk taw ek..hehee…aku tahu kamu suka baca novel, tiap kali balik kg kamu mesti beli 1 novel.. dan aku telah selongkar bilikmu..perghhhh..byk giler novel, 1 almari kamu simpan novel tu… aku hormat dgn minat kamu.. aku x mcm kamu suka membaca kalau aku suka buat perkara ikut dan jerr…hobi x tetap, main ikut suka.. sekali sekala kena marah kat mak…hehehe…..

Aku cuba try jgk nk panggil kamu dgn nama along, sekali-sekala bolehlah..x mcm adik bongsu yg selalu panggil kamu along.. dia lebih menghormati dirimu berbanding aku.. maafkan aku yer… sebelom itu, aku nk minta maaflah jikalu aku ada menguriskan perasaanmu sepanjang kita hidup bersama sebagai adik beradik.. aku tahu kamu leh jaga keluarga kita seperti mana org laki jga keluarga mereka… aku sgt dan sgt bersyukur kpd Allah kerana menganugerahkan seorg kakak sepertimu…

Oklah along setakat ini shaja aku coretkan warkah yg tidk seberapa ini… tgk tu, aku dh leh panggil kamu dgn panggilan along, kamu mesti sukakan…hehehe…. I LOVE U along.. jga dirimu baik2 yer…

Sekian..

Yang tersayang

Adikmu yg nakal

WARKAH UNTUK EMAK


Sangat bosan bagiku berada diperantauan ini.
Siang berganti malam, Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan
Sudah hampir 3 tahun aku berada di sini tanpa ditemani oleh dirimu.
Walaupun sudah sekian lama aku tidak memeluk dirimu.
Namun aku dapat merasakan sejuk syahdu pelukan drp seorg ibu.
Pelukanmu penuh dgn kasih sayang.
Aku masih ingat lagi, kali terakhir aku memeluk dirimu ketika mak menghantar aku di perantauan ini.
Dalam pelukanmu itu, aku tdk dapat menahan sebak kerna aku tahu bahawa aku akn berlakunya suatu perpisahan.
Itulah kali pertama aku menangis di dalam pelukanmu.
Mak tahu tak, walaupon kat sini ramai kawan yg membuatkan diriku gembira. Namun aku lebih gembira berada disampingmu.
Mak tahu tak , aku rindu sgt2 masakan..mak selalu pesan kat sya jgn makan byk sgt tpi mcm mana sya x mkn byk sebab masakan mak sedp sgt2…..
Kalau mak masih ingt, tahun pertama aku berada diperantauan ini. aku call mak lebih 2x sehari utk tnya khabar mak, nk dgr suara mak yg selalu mengulik aku tido sewaktu kecil dhulu..
Aku masih ingt lgi, apabila mak marah sebab bergaduh adik, namun tidak sedikit pon aku ambil hati dgn kemarahan mak itu kerna aku thu mak marahkan aku sebab mak sayangkan aku….
Mak.. lebih kurang setahun lebih lgi aku akan habis belajar… x sabar rasa nk balik kg, nk jumpa mak, nk peluk mak, nk cium pipi mak skali yer…
Kalau ada rezeki, aku akan menjadi seorang guru yg mak impikan selama ini… aku belajar disini adalah kerna mak yg suruh dan aku x kecewakan harapan sebesar gunung itu…
Andai kata aku pergi sebelummu, aku mengharapkan mak halalkan makan minum sya selama ini yer…. Aku selalu memohon kpd Allah supaya panjangkan umur emak dan aku sanggup memohon kpdNya utk memberikan baki2 umurku ini kepadamu.. aku tidak tahu apa yang akn terjadi kepada diri andai kata dirimu pergi dulu.. aku mengharapkan itu tidk akn berlaku sebelum aku pergi dahulu seblom dirimu..
mak, aku sudah dpt mencari seorg bakal menantu utk mak tetapi sayng sekali kerna segala yg aku inginkan tidk kesampaian. Tpi mak jgn risau bgi aku mak adalah segala-galanya dan aku sgt bersyukur kpd Allah kerna aku masih ada mak..
akhir kata utk mak.. Terima kasih mak kerna membesar aku daripada sekolah hinggalah ke unibersiti.. AKU SAYANG MAK SGT3…muahhh3x…..

sekian, terima kasih

yang tercinta
anakmu yg comel..

Monday, March 28, 2011

"Pemimpin Unggul" di SAMTK

Tanggal 4, 5 dan 6 mei 2011 merupakan program yang kedua aku dan kawan-kawan menjalankan program kepimpinan di Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang (SAMTK), Selangor. Program pertama sebelum ini adalah di Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim, Perak. Program pertama di SK. Tanjong Malim merupakan Program Kerjaya. Aku bersama lima orang kawan iaitu Azwan, Fakhrul, Azni, Zarina dan Ai Huey bertungkus-mulus untuk menjayakan program "Pemimpin Unggul" di SAMTK. Di dalam program tersebut sasaran kami ialah pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, badan dakwah, exco asrama, dan ketua serta penolong kelas yang mana terdiri daripada tingkatan satu hingga tingkatan 5. Peserta lelaki dan perempuan adalah sama ramai yang berjumlah 148 pelajar kesemuanya.



Gambar 1




Gambar 2


gambar 3 : Sesi pendaftaran peserta bermula






Tuesday, February 8, 2011

CONTOH AKTIVITI DI DALAM LDK

Di dalam sesuatu program yang dilaksanakan di sekolah, tidak kiralah program apa pon, LDK merupakan sesuatu SLOT yang perlu ada di dalam program tersebut. Di dalam LDK terdapat bermacam aktiviti yang harus dilakukan oleh pelajar-pelajar yang menyertai program tersebut.

Contoh Aktiviti 1 ( kotak mancis)




kaedah penyelesaian 1



kaedah penyelesaian 2

Tuesday, January 18, 2011

Doa-doa Harian Kehidupan Seorang Pelajar

Doa Ketika Memakai Pakaian

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ كَسَانِيْ هَذَا وَرَزَقَنِيْهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّيْ وَلاَ قُوَّةٍ


Segala puji bagi Allah yg telah memakaikan kepadaku pakaian ini dan yg telah memberikan rizki pakaian ini kepadaku tanpa ada daya dan kekuatan dariku.

Doa Penerang Hati

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"


BERCINTA KERANA ALLAH

Cinta sesama manusia hanya alat untuk mencapai cinta Allah. Untuk menjaga kesucian cinta, jadikan cinta Allah sebagai dasar untuk mencintai manusia.

Cinta adalah ‘hadiah’ dari Tuhan. Maka kita perlu menghargai cinta dengan mendahulukan ‘pemberi’. Cinta bukanlah pendahulu bagi segala-galanya. Jangan taksub dengan cinta hingga jiwa merana dan lupa daratan.

Peliharalah cinta kerana Allah. Sucikan cinta dengan perkara-perkara yang disukai Allah. Berkasih sayang sesama manusia kerana Allah. Bagaimanapun, jangan biarkan cinta kepada manusia mendahului cinta kepada Allah.

Sayangnya, dunia hari ini terlalu disemai dengan cinta abadi sesama manusia. Ada manusia sanggup melupakan keluarga dan sanggup mati kerana cinta. Manusia yang lumpuh seluruh jiwa kerana cinta. Sedangkan, Allah sepatutnya menjadi yang pertama dalam meraih cinta. Cinta sekadar alat pelengkap kekosongan jiwa, namun ia bukanlah segala-galanya.

Jangan biarkan jiwa terus hanyut kerana kekecewaan dalam cinta. Bacalah Al-Quran kerana ia merupakan anugerah ketenangan jiwa dengan mengamalkannya adalah cinta dari Allah. Seperti mana firman Allah : kami turunkan daripada Al-Quran penawar-penawar dan rahmat bagi orang mukmin ( al-Isra : 82 ).

Begitu juga dengan amal ibadat yang lain. Jangan abaikan kerana kita cintai Allah melebihi segala-galanya, ini termasuklah mendirikan solat kerana menerusinya, kita mampu menghindarkan diri kita dari ingkar terhadap ketentuan Allah dan dikurniakan ketenangan di dalam hati.