Tentang Saya


            BAB 1 : SAAT PERTAMA MENEMPUHI KEHIDUPAN

Kehidupan ibarat seperti roda yang sentiasa berputar adakala diatas dan adakalanya dibawah, kehidupan juga umpama seperti laut yang ada pasang suratnya. Adakalanya ada masa gembira dan adakalanya ada juga masa berduka. Secara fitrahnya, kehidupan manusia ada suka, duka dan pelbagai dugaan yang datang bersilih ganti. Pahit dan manis adalah asam garam di dalam sesebuah kehidupan manusia serta ia juga dapat mewarnai kehidupan seorang umat sebagaimana yang berlaku kepada diriku ini. Namun begitu, aku rela dengan apa jua cabaran dan halangan yang dan berlalu kerana aku sedar bahawa insane yang kerdil sepertiku ini hanya mampu merancang tetapi sumuanya ditentukan oleh Allah. Segala perjalanan hidupku telah tertulis pada suratan sejak azali.
Tanggal 24 disember 1987 aku telah dilahirkan oleh seorang wanita yang bergelar emak pada diriku. Seirang dengan tahun kelahiranku itu, terdapat juga peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku di seleruh dunia. Antaranya ialah  Ribut Besar melanda England dan Perancis telah mengorbankan sekurang-kurangnya 23 orang. Selain itu, tahun tersebut juga berlakunya krisis perlembagaan Malaysia. Namun begitu, aku tetap bersyukur kerana kelahiranku ke alam dalam keadaan selamat dan normal yang tidak mempunyai sebarang kecacatan pada fizikilku. Terima kasih Allah. Zaman kanak-kanak bersama ibu bapa dan adik beradik berkisar masyarakat kampung. Kampung merupakan salah satu kampung terletak di kawasan yang agak pendalaman di daerah Kuala Krai, Kelantan. Aku bersyukur kerana aku jauh daripada kesibukan kota dan mempunyai udara yang nyaman dan segar setiap hari. Abahku seorang penoreh getah di kampung Chuchoh Puteri manakala emakku bekerja di jabatan Kemajuan Masyrakat (KEMAS) di Bandar Kuala Krai yang perjalanannya memakan masa hampir satu jam lebih. Aku merupakan anak ketiga daripada enam adik beradik.
Kehidupan aku masa kanak-kanak bersama sepupu-sepupuku dan kanak-kanak yang berada di kampung itu. Kebanyakkan mereka yang tinggal di kampung itu bekerja sebagai penoreh getah dan ada juga bekerja sebagai kakitangan kerajaan dan swasta. Masyarakat kampung tersebut terdiri daripada umat islam tidak ada satu pun agama lain di kampung tersebut kecuali islam. Ketika berumur tujuh tahun bermulalah kehidupan di alam persekolahan, sebelum itu aku pernah belajar di tadika pada awal umur lima tahun. Pertama kali menjejakkan ke sekolah rendah, aku begitu kaget dengan keadaan sekeliling ini kerana ramai orang yang tidak aku kenal pada masa itu. Namun begitu, ada juga rakan-rakan aku masa tadika bersekolah di sekolah tersebut. Masih segar dalam ingatanku apabila kali pertama pulang dari sekolah berjalan kaki sejauh hampir tiga kilometer bersama rakan-rakan. Masa panas terik kami mencari daun yang lebih untuk membuat topi mengelak daripada kepanasan. Bermacam-macam gelagat yang kami lakukan dalam perjalanan tersebut, biasalah nama pun dah budak-budak. Masa sekolah memang banyak aku bawa buku sampaikan beg pun putus tali ini kerana takut cikgu marah bila tidak bawa buku dan satu lagi sebab aku memang ikut jadual kelas yang cikgu bagi, jadi hari-hari semua buku teks aku bawa ke sekolah.
Pengankutan aku pergi ke sekolah kadang-kadang tidak menentu adakalanya abah pergi hantar dengan motor dan ada pula dengan mengayuh basikal. Masa rajin aku pergi sekolah dengan mengayuh basikal. Masa malas abahlah yang pergi hantar aku ke sekolah. Masa persekolahan aku sentiasa bangun awal pagi, masih aku ingat bahawa aku adalah orang yang pertama selalu sampai pada awal pagi dan aku juga orang yang tolong buka lampu di dalam kelas. Adakalanya aku pergi ke sekolah pada pukul 6.40 pagi waktu itu matahari belum terbit lagi. Masih ingat lagi ketika waktu rehat aku pergi ke kantin untuk membeli keropok dan dimasukkan ke dalam poket seluar lalu pergi bermain di taman adakalanya pergi bermain di padang habis kotor baju aku pada masa itu. Mata pelajaran yang diajar pada masa itu adalah seperti yang mata pelajaran sekarang ini kerana penggunaan KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah). Aku selalu dicubit oleh cikgu bahasa inggeris yang bernama cikgu Bedah kerana tidak siap kerja sekolah yang dia bagi. Cikgu Bedah merupakan antara guru paling garang pada masa itu, dengan bibir yang bergincu begitu merah, memakai cermin mata maka terserlahlah kegarangan yang ada pada dirinya itu. Semua murid takut kepadanya, bila dia masuk dalam kelas semua murid tunduk ketakutan kerana takut cikgu akan menyoal soalan bahasa inggeris. Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Chuchoh Puteri, ramai guru beragama islam disekolah tersebut. Ada satu peristiwa yang tidak pernah aku lupakan apabila aku dan seorang rakan telah dipanggil oleh PK Hem kerana telah memecahkan kerek telaga. Sampai sahaja di bilik PK Hem lalu dia bertanya “kenapa kamu berdua pecah kerek telaga itu?” aku pon menjawab “kami tidak tahu cikgu, kami bermain di dalam tu tapi tiba-tiba jer terpecah”. Lalu bermulalah leteran PK Hem terhadap aku dan rakanku itu. Tapi alhamdulilah aku dan rakanku itu tidak dikenakan hukuman atas kesalahan itu.
Semasa di sekolah rendah, aku memang seorang yang suka membaca tidak kiralah samada baca buku cerita atau buku-buku akademik termasuk juga dengan komik karton pun aku suka baca. Dengan tabiatku yang suka membaca itu menyebabkan aku mendapat markah yang paling tinggi dalam penulisan sewaktu peperiksaan di darjah tiga. Buku yang paling aku suka baca ialah komik-komik seperti doreamon, cerita pendekar dan sebagainya. Walaupun banyak buku komik yang aku baca sedikit sebanyak member input yang berguna kepada diriku dalam penulisan esei atau karangan. Ketika naik darjah enam, emak dan abah aku suruh tinggal di asrama sebagai persediaan untuk menduduki Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR). Selain itu, pada waktu banyak kelas tambahan diadakan, jadi aku tidak mahu menyusahkan abah ulang alik untuk hantar dan ambik aku di sekolah. Banyak perkara memberi faedah kepada aku ketika tinggal di asrama salah satunya ialah mengajar aku erti berdikari contohnya membasuh baju sendiri, bangun pagi. Kalau tinggal di rumah asyik emak yang basuh baju dan kejutkan aku pada waktu pagi untuk pergi ke sekolah, aku bersyukur disebabkan itu sampai sekarang aku dapat berdikari walaupun tinggal bersama keluarga atau berjauhan. Semasa percubaan UPSR, aku mendapat result yang tidak begitu memuaskan tetapi ia menjadi pembakar semangat untuk aku terus kecapi keputusan yang lebih daripada percubaan itu. Banyak persediaan yang aku lakukan menempuh peperiksaan tersebut antaranya ialah cikgu membuat kelas tambahan, study group dan tidak lupa juga aku sentiasa meminta kepadaNya memudahkan aku soalan semasa peperiksaan. Setelah keputusan UPSR telah diumumkan, aku bersyukur kepadaNya kerana mendapat result yang lebih baik daripada yang sebelum ini. Ini semua berkat usaha dan doa emak dan abahku. Walaupun ada lagi murid yang lebih cemerlang daripada aku, aku tetap bersyukur kepadaNya. Mungkin itulah yang selayaknya aku dapat dengan kemampuan sebelum ini. Betullah kata pepatah melayu mengatakan “usaha itu tanggan kejayaan”. Aku masih ingat lagi pesanan emak aku yang mengatakan “kim, kamu kena buat yang terbaik dalam UPSR, biarlah keputusan itu lebih daripada akak dan abang kamu”. Perkataan yang mampu keluar daripada ialah “insyaAllah mak”. Lagipun aku pada masa itu boleh dikirakan seorang yang agak pemalas juga. Jadi aku berpuas hati dengan pencapaian itu dengan sekadar usahaku yang tidak untuk bersungguh-sungguh untuk mendapatkan lebih daripada itu.

BAB 2 : ALAM REMAJA



            Setelah tamatnya pengajianku di sekolah rendah, aku mempunyai tiga pilihan untuk pergi ke sekolah yang ku hendaki seperti SMK. Manik Urai, SMK. Laloh dan SMK Mengkebang. Aku memilih SMK Mengkebang kerana sekolah tersebut tidaklah jauh sangat dengan rumahku, lebih kurang 20 minit perjalanan sahaja. Hari pertama sampai di sekolah tersebut aku terpinga-pinga kerana ramai pelajar bersekolah di sekolah ini. Anggaran pelajar yang bersekolah disini lebih kurang 1400 pelajar yang datangnya daripada beberapa buah kampungberdekatan ada juga yang datang daripada Gua Musang untuk belajar di sekolah ini. Setahu aku sekolah ini adalah sekolah yang mempunyai peraturan yang sangat ketat sehinggakan sekolah ini berjaya menjadi sekolah yang masalah disiplinnya sifar di daerah Kuala Krai. Namun begitu, aku tidak menyesal untuk belajar di sekolah ini. Dengan keadaan disiplin sekolah yang ketat sedikit sebanyak memberi manfaat kepada diriku untuk menjadi seorang yang lebih berdisiplin dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Ada juga segelintir di sekolah tersebut melanggar peraturan yang sedia ada walaupun pelajar tersebut tahu tindakan yang dilakukan itu adalah salah dari segi peraturan sekolah. Misalnya ada berambut panjang, merokok dalam tandas, kaki seluar ketat dan sebagainya Semasa tingkatan satu sampai tingkatan tiga aktiviti pembelajaran pada masa itu dijalankan pada sebelah petang kerana kelas tidak mencukupi. Sebelah pagi aktiviti pembelajaran hanya untuk pelajar tingkatan empat dan lima sahaja. Sekolah tersebut sangat menitikberatkan soal sembahyang terutamanya untuk pelajar sesi petang. Dua masa akan diberhentikan untuk memberi ruang kepada para pelajar dan guru-guru untuk menunaikan solat zohor dan asar. Selama tiga tahun belajar di sesi petang secara tidak langsung member aku ketepatan masa dalam mengerjakan solat lima waktu dalam hidupku ini. Kerana aku tahu bahawa solat lima waktu itu adalah tanggungjawab yang wajib aku tunaikan untuk mendapat keberkatan dan ketenangan daripada yang maha Esa.
            Pada mulanya aku terpinga-pinga saat pertama kali tiba di sekolah tersebut, sekarang aku dah mempunyai ramai kawan daripada kampung-kampung yang berlainan. Sepanjang hampir 5 tahun perkenalan sejak dari tingkatan satu hubungan bertambah erat boleh dikatakan macam adik beradik. Tanggal 2004 merupakan tahun yang bermakna bagi pelajar-pelajar yang mengambil Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) termasuk diriku. Sebelum ini aku pernah menduduki peperiksaan seperti Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tetapi keputusan yang aku dapat tidaklah begitu cemerlang yang penting semuanya kredit tidak ada satu pun yang gagal. Aku tetap bersyukur kerana itu adalah sekadar kemampuan diriku, lagipun aku bukannya pelajar yang rajin untuk menelaah buku-buku akademik ini. Setakat baca dan buat latihan sahaja itu sudah mencukupi bagi aku. Aku masih lagi semasa aku bersekolah di sesi petang, aku pergi menolong abahku menorah getah dahulu pada sebelah pagi. Pada waktu itu, aku tidak pandai lagi untuk menorah getah sekadar pergi menemankan abah sahaja. Adakalanya aku tolong juga buang getah yang beku daripada mangkuk dengan tangan tanpa sarung tangan pun sehingga tanganku itu habis bau getah. Jika mereka orang, mereka boleh tahu macam bau getah itu sangat busuk tapi itu menjadi halangan kepada keluarga aku dengan mencari rezeki daripada hasil getah. Banyak kali juga aku pergi ke sekolah dengan keadaan tanganku yang berbau getah. Tidak pernah sekali pun aku mendengar kata-kata yang menyakitkan hati daripada kawan-kawan kerana mereka faham keadaan aku dan emak ayah mereka pun menorah getah juga. Ada satu itu seorang cikgu yang bernama cikgu Deraman yang bertanyakan kepada aku dalam loghat kelantan “mirul, mu gi noreh getoh ko pagi tadi”. Mungkin cikgu Deraman terbau getah yang ada pada tanganku itu. Aku pun menjawab “ye cikgu, saya gi tolong abah saya noreh”. Lalu cikgu pun mengatakan kepada aku lagi “bagoslah,cikgu dulu masa sebaya nga mu, ajin jugok gi noreh. Yang penting niat kito ikhlas nak tolong mak ayah kito”.
Kata-kata cikgu Deraman itu seolah-olah member semangat kepada diriku ini. Sebelum pergi aku mengucapkan terima kasih kepada cikgu Deraman.
            Setelah sekian lama aku menemankan dan tengok bagaimana abah aku menorah, hati tergerak untuk memegang pisau toreh untuk belajar menoreh. Pertama kali agak susah tapi bila dah biasa macam seronok. Semasa aku tingkatan, aku pergi menorah semasa cuti sekolah sahaja. Kadang-kadang lepas pulang daripada sekolah aku pergi menorah bersama abang aku. Dalam masa yang sama juga aku menolong atok dan nenek aku berkebun. Atok aku merupakan seorang petani yang menanam pelbagai jenis sayur-sayuran seperti timun, petola, cili, terong, kacang panjang dan sebagainya. Pernah sekali atok aku diiktirafkan oleh Sultan Kelantan sebagai petani yang berjaya. Tiap-tiap minggu selepas menorah aku mesti ke kebun sayur atok aku untuk menolong mereka apa yang patut ditolong. Di samping sibuk dengan aktiviti perkebunan aku tidak dilupa yang bahawa aku akan menduduki peperiksaan SPM tahun tersebut. Pada masa itu, aku bercita-cita untuk menjadi petani moden dan berjaya. Aku sangat sukakan aktiviti luar seperti berkebun ini. Namun begitu tidak lupa tanggungjawab aku sebagai seorang yang akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi. Masih tersimpan lagi dibenak fikiranku dimana aku telah dirotan oleh guru displin kerana tidak datang ke sekolah. Hukuman yang dijalankan itu adalah di khalayak ramai semasa perhimpunan pagi, bukan aku sahaja yang di rotan. Ramai lagi pelajar yang dikenakan hukuman tersebut datangnya bukan daripada ponteng sekolah tetapi bermacam masalah displin. Memang pada saat itu, tindakan cikgu merotan pelajar dikhalayak ramai boleh menjatuhkan maruah dan moral pelajar itu. Tetapi hendak buat macam mana, biasalah sekolah kawasan kampung. Jika ada pelajar yang menyalahi peraturan sekolah ibu bapa bersetuju dengan hukuman yang akan diberikan oleh cikgu kepada pelajar yang bersalah. Bukan pelajar lelaki sahaja yang dikenakan hukuman malah ada juga pelajar perempuan yang dikenakan tindakan tersebut. 


Aku sangat berterima kasih kepada cikgu-cikgu yang telah member kesedaran kepada diriku ini untuk insane yang berguna pada masa akan datang. Hukuman yang aku terima tidak menjejas pelajaran dan tidak menjatuh moral serta aib aku sebagai seorang pelajar kerana aku tahu itu adalah berpunca daripada diri aku sendiri. Semasa di sekolah itu, aku seorang sangat pemalu terutama dengan pelajar perempuan dan aku tidak apa sebabnya. Mungkin esteem dalam diri aku ini terlalu sehinggakan wujud perasaan itu. Tetapi keadaan sekarang sangat berbeza dengan dulu yang mana aku sekarang ini seorang tidak pemalu. Berbagai cara aku study untuk menghadapi peperiksaan SPM seperti study group, kadang-kadang study sendirian. Disebabkan aku tidak tinggal di asrama menyebabkan aku agak sukar untuk melakukan study group dengan kawan-kawan, jikalau ada masa terluang aku ambil peluang untuk manfaatkan masa tersebut untuk study group dengan kawan-kawan yang tinggal di asrama. Kali terakhir aku tinggal di asrama ialah semasa aku darjah enam. Sejak belajar sekolah menengah aku tidak pernah tinggal di asrama malah tidak pernah terdetik dalam fikiran untuk tinggal di asrama. Pernah sekali emak berkata kepada aku “kim, mu tak se dok asrama ko?” aku menjawab “tak se lah mak, tak sedap”. Emak pun membalas “ikut mu lah”. Sebenarnya, aku tahu tinggal di asrama itu banyak memberi faedah kepada diriku ini dalam semua aspek contohnya dari aspek pengurusan masa, berdikari, pembelajaran dan sebagainya. Namun begitu, disebabkan sikap aku yang degil mendengar kata-kata daripada orang tua aku untuk tidak tinggal di asrama. Menjelang hampir peperiksaan SPM, berbagai-bagai watak yang ditunjukkan oleh pelajar yang bakal menduduki peperiksaan tersebut ada yang study marathon, ada juga duduk rilex jer, ada yang study group dan sebagainya. Bagi aku, ketika peperiksaan kian tiba, aku hanya menelaah buku-buku dan nota-nota sekadar sahaja. Aku tidak boleh ikut gaya pembelajaran orang lain. Mungkin orang lain bertungkun lumus study tetapi itu bukan cara aku, missal kata aku ikut cara mereka study mungkin tidak member apa-apa input yang berguna kepada diriku ini. Masa itu juga, aku telah membeli motosikal Yamaha RXZ. Dalam diriku ini ada juga semangat mat rempit bila membawa motosikal. Tidak pernah terlintas di dalam hatiku ini untuk membawa motosikal secara perlahan. Biasanya paling perlahan aku ialah 100km/j dan paling laju hampir mencecah 170km/j tetapi itu dulu. SPM pada tahun 2004 yang aku ambil itu dijalankan di dalam bulan puasa dan selepas hari raya. Alhamdulilah, aku telah menjawab kesemua soalan yang terdapat di dalam kertas soalan tersebut walaupun ada yang aku jawapan dan ada yang aku tidak tahu jawapan yang penting aku tidak meninggalkan ruang kosong atas kertas jawapan yang diberikan. Di samping menunggu keputusan peperiksaan, aku seperti biasa akan duduk di rumah untuk menguruskan kebun-kebun getah, aku tidak boleh mengharapkan abah sahaja kerana abahku tidak berapa sihat, lagipun abahku baru lepas menjalani pembedahan jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Segala tanggungjawab abahku itu dipikul oleh aku dan abang untuk membantu emak dalam memimpin keluarga yang tersayang. Begitulah rutin harian sepanjang menunggu keputusan peperiksaan SPM.
            Beberapa bulan kemudian, keputusan peperiksaan SPM telah diumumkan dan aku bersyukur kepadaNya kerana telah 2A untuk subjek sains dan mata pelajaran semuanya lulus berkredit dan tidak ada satu subjek pun gagal. Dengan keputusan yang sedemikian aku hanya layak untuk memohon ke tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai (SM3K). Sekolah ini terletak di kawasan Bandar yang terletak lebih kurang 45 minit perjalanan daripada kampung aku. Sepanjang bersekolah di sekolah tersebut, motorsikal Yamaha 125Z merupakan kendaraan aku untuk berulang-alik ke sekolah tersebut. Semasa form 6, aku akan menduduki peperiksaan yang tinggi dalam sejarah persekolahan di Malaysia iaitu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Aku menduduki peperiksaan tersebut pada tahun 2006 di mana semasa aku keberadaanku di sekolah tersebut, aku tidak terlepas daripada hukuman disiplin yang telah aku lakukan seperti ponteng sekolah, ponteng kelas, memakaian pakaian tidak mematuhi peraturan sekolah dan sebagainya. Satu peristiwa tidak aku dapat lupakan semasa bersekolah di sekolah tersebut ialah apabila break disc motosikal aku telah dicuri, aku sangat kecewa kerana motosikal tersebut aku beli tidak sampai 3 bulan lagi telah kehilangan break discnya. Aku pun ada terdengar cerita yang mengatakan di sekolah tersebut sering berlaku kecurian terhadap terhadap alat ganti motosikal seperti cermin sisi, stand, break disc, rim dan sebagainya. Namun begitu, semua itu telah terbukti apabila bahagian-bahagian motosikal aku telah dicuri. Setelah kejadian itu, aku sering berhati-hati dengan keadaan tersebut sehinggakan aku selalu menjenguk keadaan motosikal aku terutamanya sewaktu rehat. Alhamdulilah semua tidak lagi berlaku, hampir setahun setengah maka tibalah yang detik-detik yang dinantikan oleh kesemua calon yang menduduki SPTM termasuk aku. Sikap aku tidak berubah terutamanya dalam aspek pembelajaran yang mana kalau hendak kata rajin tidak juga dan kalau hendak kata malas pun tidak sama sekali dan aku hanyalah seorang yang sederhana dalam pembelajaran ini. Dan keputusan peperiksaan yang aku dapat begitu sama dengan sikap aku yang sederhana dalam pembelajaran. Keputusan STPM yang aku dapat semua lulus kecuali sejarah yang lulus separuh dengan kata lain mendapat D+.
            Dengan keadaan result yang sedemikian, aku layak memohon untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi iaitu ke universiti. Aku telah mengisi borang UPU seperti pelajar-pelajar yang lain dan aku telah mendapat temuduga untuk melanjutkan pelajaran Universiti Putra Malaysia (UPM). Semasa temuduga aku begitu gementar terutamanya apabila menjawab persoalan-persoalan yang ditanya oleh penemuduga tersebut. Akhirnya, aku telah gagal untuk ke UPM. Namun begitu, kegagalan itu tidak bermakna aku akan gagal selama-lamanya. Satu peristiwa besar telah berlaku dalam keluarga aku apabila abahku telah  menerima ujian daripada yang maha esa itu dengan mendapat penyakit strok atau angin ahmar. Mungkin ini sebab Allah tidak menbenarkan aku melanjutkan pelajaran ke UPM, aku redha dengan segala dugaan yang telah diberikanNya terhadap keluarga aku.

           
BAB 3 : MAKNA KEHIDUPAN

            Bermula daripada saat itu, segala tanggungjawab keluarga telah dipikul sepenuhnya oleh emak, abang dan aku. Segala urusan yang berlaku di kebun-kebun getah dipikul sepenuhnya oleh aku dan abang aku. Aku begitu sedih melihat emak kerana inilah merupakan dugaan paling berat yang pernah dilaluinya sepanjang hidup bersama orang yang tersayang apabila tempat dia bergantung selama ini tidak kuat seperti dulu. Aku sebagai anak sangat memahami dengan keadaan tersebut, tiap-tiap malam aku berdoa kepada yang maha esa supaya memanjangkan umur emak dan abah serta adik beradikku. Aku tidak dapat menahan air mata daripada menitis ke bumi apabila melihat keadaan abahku yang terpaku sekali-sekala ada pergerakkan sedikit. Segala urusan makan, minum, mandi abahku dilakukan oleh aku semasa ketiadaan emak di rumah. Aku percaya segala ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada keluargaku ini ada hikmah besar di sebaliknya. Namun begitu, aku tidak lupa hasratku untuk menyambungkan pelajaran ke universiti. Setiap kali keluarnya tawaran kemasukkan ke universiti aku mesti pohon, dapat atau tidak itu adalah perkara kedua. Hampir lima kali aku memohon kemasukkan ke universiti dan semua permohonan aku itu di tolak. Sudah sebati dalam diriku ini untuk tidak berputus asa kerana aku percaya bahawa dengan kata-kata tokoh yang mengatakan bahawa “jika Allah memberikan kamu sesuatu dengan cepat bermakna Allah sayang kepadamu dan jika Allah memberikan sesuatu kepada kamu dengan lambat bermakna Allah telah menjanjikan sesuatu yang lebih baik kepadamu”. Kata-kata inilah yang selalu menjadi motivasi kepada diriku dalam semua perkara. Setelah hampir dua tahun berlalu, keadaan abahku bertambah pulih apabila banyak pergerakkan dapat dilakukan yang lebih memgembirakan emak dan keluarga aku ialah apabila abah sudah dapat berjalan tetapi dengan menggunakan tongkat dan segala makan minum, abahku dapat lakukan dengan sendiri. Aku dan keluarga bersyukur dengan kesembuhan abahku itu, ini adalah berkat kesabaran seorang isteri dalam menguruskan suami yang tercintanya dan keluarga yang tersayang. Pada suatu hari, aku ada terbaca di dalam akhbar yang mengatakan bahawa Universiti Pendidikan Sultan Idris akan mengambil pelajar untuk kemasukkan Disember 2008/2009. Aku tanpa membuang masa lalu mengisi permohonan tersebut. Setelah menduduki ujian MedSI serta lulus ujian tersebut aku telah mendapat tawaran untk ditemuduga menjadi salah seorang pelajar universiti tersebut.
            Temuduga tersebut dijalankan di Tanjong Malim, Perak yang mana merupakan kampus utama universiti tersebut. Aku tidak berfikir panjang pergi ke Tanjong Malim untuk ditemuduga, selepas beberapa lama kemudian maka keluar keputusan temuduga tersebut dan aku menyemaknya melalui internet dan aku terpaku bahawa nama aku tidak ada. Ini bermakna aku telah gagal dalam temuduga tersebut. Aku berasa sedikit kecewa dengan keputusan tersebut, namun tidak terlambat untuk aku memohon surat rayuan kepada universiti tersebut. Selepas dua minggu berlalu masih tidak ada jawapan mengenai surat rayuan tersebut. Apa yang bermain di dalam kotak fikiranku adalah mungkin surat rayuan permohonan aku itu telah ditolak. Pada saat itu, aku berasa sungguh kecewa setelah enam kali permohonan aku tidak berjaya. Aku telah mengambil keputusan untuk membuka kedai runcit, aku pun pergi mendaftarkan lesen perniagaan di Kota Bharu. Ketika perjalanan pulang balik ke rumah tiba-tiba telefon bimbit aku mendapat satu mesej yang mengatakan bahawa, UPSI, Tahniah anda telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke UPSI bagi kemasukkan Disember 2008. Sila lapor diri selewat-lewatnya pada hari khamis. Pada mulanya, aku terkejut dan terpaku apabila membaca mesej ini kerana penghantar mesej ini adalah melalui nombor peribadi. Bermain di dalam kotak fikiran yang mengatakan “siapalah yang nak memainkan aku ni”. Setelah lama berfikir, aku telah menemui jalan untuk mengesahkan samada mesej tersebut adalah benar apa yang tuliskan atau hanya sekadar gurauan.
            Aku memberanikan diri untuk membuat panggilan kepada nombor tersebut, tittt..tittt..tittt.. lalu telefon diangkat “assalamualaikum…. Saya amirul, saya ada terima daripada cik tadi. Adakah mesej yang cik hantar tadi benar kew? Waalaikummussalam…ya.. encik ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke UPSI. Betul kew? Ya betul…encik dikehendaki melapor diri paling pada hari khamis. Ok terima kasih cik”. Aku seolah-olah tidak percaya dengan apa yang diberitahu oleh orang yang aku telefon tadi. Aku segera memberitahu emak dan abahku, emakku menitiskan air mata apabila aku memberitahu khabar tersebut, aku tahu itu adalah air mata kegembiraan yang keluar dari mata ibuku. Pada mulanya berat hatiku untuk meninggalkan kampung halaman, emakku bersungguh-sungguh supaya aku meneruskan pengajian di UPSI. Dan kini aku telah menjadi salah seorang daripada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Buat masa sekarang aku telah berada di semester 5 ini bermakna ada setahun setengah lagi untuk aku tamatkan pengajian di UPSI dan InsyaAllah aku akan menjadi seorang guru dan kaunselor di sekolah. Setelah hampir 24 tahun aku hidup di alam dunia yang sementara ini, banyak perkara yang telah aku lalui samada pahit atau manis, gembira dan duka. Namun begitu, aku menganggap semua itu adalah asam garam dalam kehidupan yang akan lebih mendewasakan kita sebagai umat manusia yang bertamadun. Tidak lupa juga, aku sangat bersyukur kepada yang Maha Esa kerana memakbulkan doaku selama ini untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Di samping itu, juga berkat doa ibu bapa aku terhadap kejayaan yang bakal aku kecapi. Perumpamaan kisah aku ini boleh dikatakan tiada kemanisan tanpa kepahitan dan pahit akan manis akhirnya.