Friday, August 20, 2010

TAUBAT

Kedudukan manusia berbeza dengan malaikat yang penuh dengan kesucian dan kemuliaan dengan tabiatnya yang selalu patuh dan taat kepada tuhan. Tetapi juga hakikat manusia berlainan dengan iblis yang statusnya durhaka selama-lamanya. Manusia berada di antara keduanya, yang kadang-kala dapat mencapai kemuliaan dan kesucian kadang-kala pula terjerumus ke dalam lembah kehinaan dan kedurhakaan bila berkawan dengan iblis.

Manusia dianugerah keistimewaan dan kelemahan tertentu berbanding dengan makhluk-makhluknya yang lain. Salah satu daripada kelemahannya ialah apabila dirayu oleh iblis dengan pujukan yang manis kadang-kadang dapat tergoda.

Sebagai manusia pertama digoda oleh syaitan ialah Nabi Adam a.s serta isterinya memakan buah yang dilarang oleh Allah:

‘’’maka syaitan dapat memperdayakan keduanya (Adam dan Hawa). Ketika

keduanya merasakan buah pohon itu, terbukalah aurat mereka, dan mulailah mereka

menutup aurat mereka dengan daun dari syurga . Dan Tuhan memanggil keduanya:

bukankah aku melarang kamu berdua (memakan buah) dari pohon itu, dabukankah

sudah aku katakana bahawa syaitan itu musuhmu yang nyata?’’’’

(surah Al-A’raf:22)

Dalam sejarah kehidupan Nabi Adam a.s jelas menunjukkan manusia sering terjerumus mengerjakan maksiat jika tidak berhati-hati. Jika Adam pernah melakukan kelalaian dan kehilafan, maka anak cucunya juga tidak terlepas dari keadaan tersebut sebagaimana disabdakan Rasulullah s.a.w.

‘’’tiap-tiap Bani Adam itu berbuat kesalahan, tetapi sebaik-baik orang yang banyak

berbuat kesalahan ialah orang-orang yang banyak bertaubat’’’.

(Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Tiga faktor utama yang menyebabkan seseorang itu melakukan kesalahan atau dosa. Pertama, watak yang lemah (dhaif) untuk melawan godaan syaitan, kecuali mereka yang ikhlas dengan agama. Kedua, kecenderungan (naluri) manusia merasakan kesenangan, sehingga kadang-kadang keinginan dan hawa nafsu mengalahkan pertimbangan akal. Ketiga, manusia selalu terkepung oleh keadaan yang dapat membawanya kepada pelanggaran undang-undang ilahi, dalam keadaan mana syaitan memainkan peranan aktif menunggu peluang yang tepat untuk menjerumuskan Bani Adam.

Segolongan manusia mampu bertahan dengan kekuatan iman yang menbentengi peribadinya dan segolongan pula terjerumus mengerjakan larangan Allah.


Pintu taubat sentiasa terbuka

Hendaklah diketahui bahawa pintu taubat itu sentiasa terbuka bagi sesiapa yang betul-betul ingin kembali ke jalan yang benar selagi hayat masih dikandung badan Nabi s.a.w bersabda:

’’sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seseorang hambanya selama nyawanya

belum sampai di kerongkong’’.

(Riwayat Tarmidzi)

’’Allah lebih suka menerima taubat seorang hambanya melebihi dari kegembiraan

seseorang yang menemukan kembali dengan tiba-tiba untanya yang hilang di tengah

hutan.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

’’sesiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, maka Allah menerima

taubatnya’’.

(Riwayat Muslim)

’’sesungguhnya Allah membentangkan tangan rahmatNya pada waktu malam supaya

bertaubat orang yang telah berdosa pada siang hari. Juga menghulurkan tangan

kemurahanNya pada waktu siang, supaya bertaubat orang yang berdoa pada malam

hari. Keadaan itu terus menerus menjelang matahari terbit dari barat’’.

(Riwayat Muslim)

’’andainya seorang anak Adam mempunyai suatu lembah dari emas, pasti ia ingin

mempunyai dua lembah, dan tiada yang dapat menutup mulutnya kecuali tanah

(kematian). Dan Allah menerima taubat sesiapa saja yang bertaubat’’.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Terbukanya pintu taubat sebagai diterangkan Rasulullah s.a.w di atas, sesuai dengan firman Allah dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa Allah itu Penerima taubat:

’’sekiranya mereka setelah menganiaya diri mereka datang kepadamu (Muhammad),

lalu mereka meminta ampun kapada Allah dan Rasul juga mintakan ampun bagi

mereka, nescaya mereka dapati Allah Penerima taubat dan Penyayang.

(Surah An-Nisa: 64)


Taubat yang diterima dan yang ditolak

Taubat yang penuh ikhlas dan harapan akan diterima Allah SWT ialah taubat nasuhah, taubat yang sebenar-benarnya:

’’hai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan

melakukan taubat yang sebenar-benarnya. Mudah-mudahan Allah menghapuskan

kesalahan kamu……….’’

(surah Al-Tahrim: 8)

Iaitu mereka bertaubat memenuhi syarat-syarat yang diutarakan tadi. Taubat yang ditolak ialah taubat yang dilakukan diambang kematian , ketika nafas telah sampai di kerongkong, demikian juga taubatnya orang mati dalam keadaan kafir:

’’hanyalah Tuhan menerima taubat dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan

kerana kebodohan, kemudian dia kembali bertaubat dengan segera. Sebab itu Allah

menerima mereka kembali dan Allah itu Maha Mengetahui dan Bijaksana. Dan

tidaklah diterima taubat orang-orang yang mengerjakan kejahatan, apabila sampai

kematian kepada salah seorang di antara mereka, barulah mereka berkata ’’Aku

taubat sekarang.’’’ Dan tidak pula diterima taubat orang yang meninggal dunia

dalam kekafiran. Bagi mereka kami sediakan siksaan yang pedih’’’.

(surah An-Nisa ‘: 17-18)

Dalam Riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w menceritakan bahawa di zaman dahulu kala ada seorang pembunuh yang telah membunuh 99 orang, kemudian dia ingin bertaubat. Ketika ia bertanya kepada alim, apakah taubatnya masih dapat diterima Allah, lalu alim itu menjawab bahawa taubatnya tidak dapat diterima lagi maka alim itu pun dibunuhnya pula, sehingga genaplah 100 orang yang dibunuhnya. Ia cuba menanyakan kapada seorang alim yang lain, orang alim itu memberikan jalan kemungkinan diterima taubatnya dan dianjurkan pergi ke negeri yang penduduknya ramai orang yang taat kepada Allah, dan jangan lagi kembali nagari asalnya kerana negeri itu ramai penjahatnya. Berangkatlah pembunuh itu dan dalam perjalanan itu dia menemui ajalnya. Ketika datang Malaikat rahmat untuk membawa rohnya seketika itu datang pula malaikat azab. Bertengkarlah kedua malaikat itu. Berkata malaikat rahmat : ’’Dia telah menempuh perjalanan kerana bertaubat kepada Allah dan mencari keampunannya.’’ Berkata pula malaikat azab :’’Dia belum pernah berbuat kebaikan sama-sekali.’’ Maka datanglah malaikat yang akan menghukumi keduanya, lalu mengukur jarak perjalanan yang telah dilaluinya dengan negeri yang ditujuinya. Ternyata negeri yang ditujuinya itu lebih dekat sejengkal daripada negeri yang ditinggalkannya. Maka rohnya pun di bawa oleh malaikat rahmat.

Riwayat ini menggambarkan bahawa betapa pun beratnya dosa, jika pelakunya sungguh-sungguh bertaubat dengan berhijrah dari larangan Allah kepada perntah Allah, maka insya Allah taubatnya akan diterima Allah.

Wednesday, August 18, 2010

Hanya untuk renungan


’’sesungguhnya Allah membentangkan tangan rahmatNya pada waktu malam supaya bertaubat orang yang telah berdosa pada siang hari. Juga menghulurkan tangan kemurahanNya pada waktu siang, supaya bertaubat orang yang berdoa pada malam hari. Keadaan itu terus menerus menjelang matahari terbit dari barat’’. (Riwayat Muslim)


Kedudukan manusia berbeza dengan malaikat yang penuh dengan kesucian dan kemuliaan dengan tabiatnya yang selalu patuh dan taat kepada tuhan. Tetapi juga hakikat manusia berlainan dengan iblis yang statusnya durhaka selama-lamanya. Manusia berada di antara keduanya, yang kadang-kala dapat mencapai kemuliaan dan kesucian kadang-kala pula terjerumus ke dalam lembah kehinaan dan kedurhakaan bila berkawan dengan iblis.


Tiga faktor utama yang menyebabkan seseorang itu melakukan kesalahan atau dosa. Pertama, watak yang lemah (dhaif) untuk melawan godaan syaitan, kecuali mereka yang ikhlas dengan agama. Kedua, kecenderungan (naluri) manusia merasakan kesenangan, sehingga kadang-kadang keinginan dan hawa nafsu mengalahkan pertimbangan akal. Ketiga, manusia selalu terkepung oleh keadaan yang dapat membawanya kepada pelanggaran undang-undang ilahi, dalam keadaan mana syaitan memainkan peranan aktif menunggu peluang yang tepat untuk menjerumuskan Bani Adam.

MUTIARA HIKMAH


(1)- Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia namun kepercayaan tentang adanya ALLAH itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat. ( Hamka)

(2)- Mata yang berasal dari unsur air memiliki sifat adil. Dengan melihat sinar mata seseorang, kita boleh mengetahui isi hatinya. Mulut boleh berdusta, tetapi pancaran mata seseorang akan mengatakan yang sebenarnya memantulkan kata hati yang sesungguhnya. (Ahli Hikmah).

Rasulullah SAW pernah bersabda : Cintailah sesuatu itu sekadar saja. Berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu seketika. Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika. (al-Hadis).