Saturday, February 25, 2012

DUNIA SEORANG GURU KAUNSELING

31 januari 2012 merupakan kali pertama aku bertugas sebagai guru kaunseling di SMK area Taiping, Perak. Terlalu banyak cabaran yang perlu aku tempuhi kerana aku adalah seorang kaunselor. Minggu pertama memang sangat susah untuk aku menyesuaikan diri dengan sekolah tersebut sbb ramai pelajar berbangsa cina majoritinya. Yang lebih mencabar lagi untuk aku ialah komunikasi dengan mereka. kebanyakkan daripada mereka tidak fasih berbahasa melayu, sehingga aku terpaksa menunggunakan bahasa pasar untuk bercakap dengan mereka. Itu adalah satu kaedah untuk aku mendekati mereka.

sudah sebulan berada di sekolah berkenaan, so aku dapat menyesuaikan diri... nk bagitahu cikit pasal hubungan dengan cikgu-cikgu senior yang lain.. sangat erat dan aku selalu mencuri masa untuk berborak dengan mereka jika berkesempatan. Namun begitu, ada juga segelintir cikgu tidak suka dan menganggap aku jarang bersama guru-guru lain. aku tidak mengambil endah sangat pasal kata2 tersebut walaupon kata-kata itu ditujukan kepada diriku.. aku terima itu sebagai teguran walaupon ia adalah kata-kata daripada belakang (kutuk).

nk cerita plak hubungan aku dengan pelajar2 sekolah tersebut... asal aku jumpa pelajar2, mesti mereka tanya aku. "cikgu, bila nk buat sesi kaunseling bersama kami". aku sangat terkejut sbb aku tidak menyangka penerimaan kaunseling disekolah ini sangat besar pada mereka.. dan aku membalas " macam ni la, kamu datang ke bilik kaunseling dulu, kita buat surat temujanji dulu". tidak pelajar lelaki dan pelajar perempuan, mereka semua sangat berminat dengan kaunseling. aku sangat suka pelajar-pelajar yang macam ni sbb apa!!! bagi mereka kaunseling bukan bererti untuk pelajar yang bermasalah... so kepada mereka yang menganggap kaunseling untuk pelajar yang bermasalah... u all SILAP... so, ubahla mentaliti anda terhadap bidang kaunseling...

sekarang ni, aku ada masa lebih kurang 3 bulan lagi untuk bertugas di sekolah tersebut.. aku harap pelajar-pelajar dapat input yang berguna aku sampaikan tidak kirala samada dalam kelompok, program, individu dan sebagainya...

SHARING IS CARING