
Manusia dianugerah keistimewaan dan kelemahan tertentu berbanding dengan makhluk-makhluknya yang lain. Salah satu daripada kelemahannya ialah apabila dirayu oleh iblis dengan pujukan yang manis kadang-kadang dapat tergoda.
Sebagai manusia pertama digoda oleh syaitan ialah Nabi Adam a.s serta isterinya memakan buah yang dilarang oleh Allah:
‘’’maka syaitan dapat memperdayakan keduanya (Adam dan Hawa). Ketika
keduanya merasakan buah pohon itu, terbukalah aurat mereka, dan mulailah mereka
menutup aurat mereka dengan daun dari syurga . Dan Tuhan memanggil keduanya:
bukankah aku melarang kamu berdua (memakan buah) dari pohon itu, dabukankah
sudah aku katakana bahawa syaitan itu musuhmu yang nyata?’’’’
(surah Al-A’raf:22)
Dalam sejarah kehidupan Nabi Adam a.s jelas menunjukkan manusia sering terjerumus mengerjakan maksiat jika tidak berhati-hati. Jika Adam pernah melakukan kelalaian dan kehilafan, maka anak cucunya juga tidak terlepas dari keadaan tersebut sebagaimana disabdakan Rasulullah s.a.w.
‘’’tiap-tiap Bani Adam itu berbuat kesalahan, tetapi sebaik-baik orang yang banyak
berbuat kesalahan ialah orang-orang yang banyak bertaubat’’’.
(Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Tiga faktor utama yang menyebabkan seseorang itu melakukan kesalahan atau dosa. Pertama, watak yang lemah (dhaif) untuk melawan godaan syaitan, kecuali mereka yang ikhlas dengan agama. Kedua, kecenderungan (naluri) manusia merasakan kesenangan, sehingga kadang-kadang keinginan dan hawa nafsu mengalahkan pertimbangan akal. Ketiga, manusia selalu terkepung oleh keadaan yang dapat membawanya kepada pelanggaran undang-undang ilahi, dalam keadaan mana syaitan memainkan peranan aktif menunggu peluang yang tepat untuk menjerumuskan Bani Adam.
Segolongan manusia mampu bertahan dengan kekuatan iman yang menbentengi peribadinya dan segolongan pula terjerumus mengerjakan larangan Allah.
Pintu taubat sentiasa terbuka
Hendaklah diketahui bahawa pintu taubat itu sentiasa terbuka bagi sesiapa yang betul-betul ingin kembali ke jalan yang benar selagi hayat masih dikandung badan Nabi s.a.w bersabda:
’’sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seseorang hambanya selama nyawanya
belum sampai di kerongkong’’.
(Riwayat Tarmidzi)
’’Allah lebih suka menerima taubat seorang hambanya melebihi dari kegembiraan
seseorang yang menemukan kembali dengan tiba-tiba untanya yang hilang di tengah
hutan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
’’sesiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, maka Allah menerima
taubatnya’’.
(Riwayat Muslim)
’’sesungguhnya Allah membentangkan tangan rahmatNya pada waktu malam supaya
bertaubat orang yang telah berdosa pada siang hari. Juga menghulurkan tangan
kemurahanNya pada waktu siang, supaya bertaubat orang yang berdoa pada malam
hari. Keadaan itu terus menerus menjelang matahari terbit dari barat’’.
(Riwayat Muslim)
’’andainya seorang anak Adam mempunyai suatu lembah dari emas, pasti ia ingin
mempunyai dua lembah, dan tiada yang dapat menutup mulutnya kecuali tanah
(kematian). Dan Allah menerima taubat sesiapa saja yang bertaubat’’.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Terbukanya pintu taubat sebagai diterangkan Rasulullah s.a.w di atas, sesuai dengan firman Allah dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa Allah itu Penerima taubat:
’’sekiranya mereka setelah menganiaya diri mereka datang kepadamu (Muhammad),
lalu mereka meminta ampun kapada Allah dan Rasul juga mintakan ampun bagi
mereka, nescaya mereka dapati Allah Penerima taubat dan Penyayang.
(Surah An-Nisa: 64)
Taubat yang diterima dan yang ditolak
Taubat yang penuh ikhlas dan harapan akan diterima Allah SWT ialah taubat nasuhah, taubat yang sebenar-benarnya:
’’hai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan
melakukan taubat yang sebenar-benarnya. Mudah-mudahan Allah menghapuskan
kesalahan kamu……….’’
(surah Al-Tahrim: 8)
Iaitu mereka bertaubat memenuhi syarat-syarat yang diutarakan tadi. Taubat yang ditolak ialah taubat yang dilakukan diambang kematian , ketika nafas telah sampai di kerongkong, demikian juga taubatnya orang mati dalam keadaan kafir:
’’hanyalah Tuhan menerima taubat dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan
kerana kebodohan, kemudian dia kembali bertaubat dengan segera. Sebab itu Allah
menerima mereka kembali dan Allah itu Maha Mengetahui dan Bijaksana. Dan
tidaklah diterima taubat orang-orang yang mengerjakan kejahatan, apabila sampai
kematian kepada salah seorang di antara mereka, barulah mereka berkata ’’Aku
taubat sekarang.’’’ Dan tidak pula diterima taubat orang yang meninggal dunia
dalam kekafiran. Bagi mereka kami sediakan siksaan yang pedih’’’.
(surah An-Nisa ‘: 17-18)
Dalam Riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w menceritakan bahawa di zaman dahulu kala ada seorang pembunuh yang telah membunuh 99 orang, kemudian dia ingin bertaubat. Ketika ia bertanya kepada alim, apakah taubatnya masih dapat diterima Allah, lalu alim itu menjawab bahawa taubatnya tidak dapat diterima lagi maka alim itu pun dibunuhnya pula, sehingga genaplah 100 orang yang dibunuhnya. Ia
Riwayat ini menggambarkan bahawa betapa pun beratnya dosa, jika pelakunya sungguh-sungguh bertaubat dengan berhijrah dari larangan Allah kepada perntah Allah, maka insya Allah taubatnya akan diterima Allah.